Maju Expressway invites suitably qualified Malaysians to fill the following positions
Toll Operations Department
Penyelia Tol
- Menyelia dan mengawas kerja serta kutipan wang oleh Jurutol.
- Menyelia pengurusan lorong tol secara efektif melalui penggunaan tenaga kerja yang optimum.
- Memastikan kutipan tol bertepatan dengan data dan rekod sedia ada.
- Diploma/ SPM dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
- Minima 2 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan bagi kelulusan SPM.
- Boleh bekerja secara syif.
- Umur tidak melebihi 35 tahun.
Pengawas Tol
- Berkerjasama dengan Penyelia Tol berkenaan penggunaan lorong tol mengikut keperluan trafik semasa dan memastikan kutipan tol bertepatan dengan data dan rekod sedia ada.
- Merekod dan melaporkan sebarang transaksi tol luar biasa di lorong-lorong tol.
- Memastikan kebenaran kenderaan keluar masuk ke Bangunan Pengawasaan kepada pihak yang berkenaan sahaja.
- Minima SPM dengan sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman bekerja didalam bidang berkaitan.
- Kemahiran menggunakan komputer dan boleh bekerja secara syif.
- Umur tidak melebihi 35 tahun.
Jurutol
- Mengutip tol dan memastikan jumlah kutipan adalah sama dengan jumlah transaksi.
- Menyerahkan wang apungan dan kutipan tol kepada Penyelia ketika syif tamat.
- Memastikan butiran transaksi adalah tepat mengikut panduan operasi yang telah ditetapkan.
- Melaporkan kepada Penyelia Tol sebarang kejadian luar biasa dan kerosakan peralatan pondok tol.
- Minima SPM dan umur di antara 18-30 tahun.
- Boleh bekerja secara syif.
Pekerja AM
- Membuat kerja-kerja pembersihan di pejabat serta menyediakan minuman kepada pekerja-pekerja.
- Minima kelayakan SRP/ SPM.
- Berumur di antara 27-40 tahun.
- Keutamaan diberi kepada wanita.
Traffic & Maintenance Department
Penyelia Trafik
- Memastikan kelancaran unit rondaan, menguruskan program kerja, peralatan dan kenderaan.
- Minima STPM/ SPM atau Sijil Pengurusan Trafik.
- Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan mahir menggunakan komputer.
- Sekurang-kurangnya DUA (2) tahun pengalaman bekerja atau menyelia pusat kawalan trafik adalah satu kelebihan.
- Memiliki lesen memandu yang sah.
- Umur tidak melebihi 35 tahun dan boleh bekerja secara syif
Penyelia Penyelenggaraan
- Merancang dan menyelia kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan secara rutin dan mengikut jadual.
- Menyediakan laporan kualiti kerja dan memastikan kesemua peraturan keselamatan di patuhi.
- Mengawasi kerja-kerja kontraktor dilaksanakan mengikut spesifikasi dan pelan.
- Berpengetahuan dalam lukisan pelan dengan menggunakan Microsoft Window/AutoCAD.
- Diploma Kejuruteraan Awam atau yang setaraf dengannya.
- 2-3 tahun pengalaman dalam bidang yang berkaitan.
- Pengetahuan berkenaan sistem penghawa dingin, kawalan kebakaran, elektronik dan penyelanggaraan umum.
Pengawas Trafik
- Mengawal dan mengawas lalulintas dan keadaan lebuhraya mengikut syif melalui Pusat Kawalan Trafik.
- Membantu Penyelia Trafik dalam memastikan kelancaran unit rondaan dan tugasan rutin peronda lebuhraya.
- Minima SPM dan memiliki Sijil Pengurusan Trafik/ Komunikasi adalah satu kelebihan.
- 2-3 tahun pengalaman bekerja di peringkat penyeliaan pusat operasi lebuhraya, trafik udara, laut, polis atau yang berkaitan adalah diutamakan.
- Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan berkemahiran di dalam menggunakan komputer adalah satu kelebihan.
- Memiliki lesen memandu yang sah.
- Umur tidak melebihi 35 tahun dan boleh bekerja secara syif.
Peronda Lebuhraya
- Membuat rondaan di sepanjang lebuhraya dan melaporkan keadaan trafik, harta benda, kerosakan, kemalangan dan kecemasan.
- Membantu Penyelia Trafik menguruskan trafik lebuhraya serta berhubung dengan pihak polis dan jabatan kerjaan berkaitan.
- Mengumpul dan menyerahkan laporan serta aduan kepada Penyelia Trafik.
- Minima SPM dan dua (2) tahun pengalaman sebagai pemandu dan menpunyai pengetahuan asas dalam penyelenggaraan kenderaan.
- Memiliki lessen memandu kelas B, D dan lessen GDL yang sah.
- Umur tidak melebihi 30 tahun dan boleh bekerja secara syif.
Pekerja AM
- Terlibat dalam kerja-kerja penyelenggaraan lebuhraya.
- Menyelenggara dan memastikan mesin dan peralatan lebuhraya berada dalam keadaan sempurna.
- Minimum SRP/ PMR.
- Memiliki lesen memandu adalah satu kelebihan.
Interested candidates are invited to send applications with a detailed resume indicating current and expected salary and a recent passport sized photograph to hr@mex.com.my